Sunday, February 22, 2009

Dedek dan Mama di rumah Apollo


Masa tok dedek baru berumur 3 tahun. Papa beli dedek patung yang besar dan dedek suka patung ya. Terima kasih papa dan dedek love u papa and mama too.....

Universiti Kebangsaan Malaysia ( Kolej Pendeta Zaba )


Tok Kolej tempat papa dedek belajar iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Dedek ada sekali melawat papa di sitik pada tahun lepas dengan mama,wa oden,uda,ngah. Dalam bilik ya papa tinggal dengan seorang juak Guru Besar dari Kuala Langat. Harap-harap papa dapat ijazah nanti pada 2010...

Pose Istimewa Dedek Buat Semua Yang Tersayang

Inilah pose mengancam dedek untuk semua, papa,mama,nenek,atok,uda,mok,che dan sapa-sapa yang mengenali dedek. Gambar tok diambil oleh Chee Jali masa kamek famili pegi Miri pada Christmas lepas. Pemandangan dari atas temap minyak mula-mula ditemui di Miri. Mun nak tauk lebih lanjut boleh pergi sendiri ke Miri....bye..

Saturday, February 21, 2009

Die Hard Fan LIVERPOOL FC Papa dan Dedek

Inilah team bola yang paling papa dan dedek minat iaitu LIVERPOOL. Papa memang tidak miss tengok team Liverpool main dan TV. Dedek pun suka team ya sebab ya team papa kamek. Harap Liverpool jadi JUARA EPL tahun tok. U will never walk alone.....

Dedek bercuti di Genting Highland bersama famili

Gambar tok masa dedek berumur 2 tahun lebih di Genting Highland. Cuaca di sini sangat sejuk dan kabus juga tebal. Kamek pegi sia dengan Wa Oden dan isterinya, Chee Jali dan papa serta mama. Kami orang guna kereta Wa Oden...Mun dah besar kelak dedek ingin pergi ke sana lagi..

Gambar Perkahwinan Papa dan Mama pada 06.06.2004

Ha... tok gambar masa papa dan mama kahwin pada 6.6.2004. Dedek ikut muka sapa ? Yang penting dedek sayang kedua-duanya. LOVE from dedek to Papa and Mama....

Kapalterbang AIRASIA yang bawa papa dedek

Besar tak kapalterbang airASIA tok. Dedek suka dengan kapalterbang sebab dedek dapat pergi ke KL, Kuching dan banyak lagi. Dalamnya agak besar dan kemas. Ada pramugari dan pramugara yang kacak dan cantik melayan penumpang di dalamnya.

Foto Cute Dedek Diambil oleh Wa Oden

Tok gambar yang diambil oleh Wa Oden semasa datang ke Sarawak. Macam ni dengan gambar dedek tok? PEACE adalah untuk Dedek buat rakyat Palestin di GAZA. Semoga Allah merahmati semua warga Palestin . Amin.

Hari Pertama Dedek Belajar di TADIKA HIKMAH

Gambar dedek dengan uniform TADIKA HIKMAH yang mana baru dibuat oleh kawan uda. Warna uniform TADIKA HIKMAH adalah warna putih dan hijau. Pada jam 8.00 hingga 12.00 setiap hari Isnin- Jumaat dedek bersekolah di sitok. Dedek belajar sembahyang,doa makan dan banyak lagi. Selepas sekolah jam 12.00 dedek pegi ke CEMERLANG TIGA dan dedek akan bermain serta tidur....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Dedek Hantar Papa Belajar di UKM,Bangi

Tu gambar papa dengan dedek di airport Sibu masa papa nak pegi ke UKM,Bangi. Papa dedek belajar nak dapat ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Pendidikan selama 3 tahun. Papa habis belajar pada tahun 2010 kelak. Dedek pun mauk belajar sampai ke universiti macam papa dan mama. Dedek dah besar nak jadi doktor.....