Saturday, January 31, 2009

Banjir Besar di Sekolah Papa SK Nanga Selangau

Tok banjir besar melanda sekolah papa kamek pada 27 Januari 2009. Papa madah tok banjir paling besar iaitu 12 kaki dari tanah.Banyak barang habis rosak macam komputer, mesin fotostat dan banyak lagi. Kesian papa kamek sebab selalu letih bila balik rumah kerana bersih sekolah. Harap papa tabah menghadapinya. Dedek sayang papa.........

Banjir di Bandar Sibu

Banjir kilat melanda bandar Sibu pada jam8.00 pagi (31 Januari 2009).Gambar tok diambil oleh papa masa pergi beli suratkhabar di Premier House. Setakat jam8.00 malam tok tadi air dah mula surut. Balai Bomba tok adalah kawasan yang paling kerap dilanda banjir..Harap-harap tok banjir paling last.Mun selalu banjir Dedek sik dapat main game di Premier House....

Tuesday, January 13, 2009

Surau Darul Firdaus, Jalan Apollo ditenggelami air

Tok gambar surau depan rumah Dedek. Nasib baik air sik masuk dalam surau. Mun hujan agik lebat mungkin air dah masuk. Syukur ia sik berlaku...Semua barang dalam surau dah diangkat dan disimpan di tempat yang tinggi. Malam tadi papa dengan orang-orang lain dah angkat semua barang....Hari-3 ( 13.01.2009) banjir dah surut tapi semua orang yang tinggal di Jalan Apollo masih dalam keadaan berjaga-jaga takut banjir baru melanda.......

Dedek dengan jiran sebelah , Colina Kong

Gambar Dedek dengan kawan, Colina Kong masa banjir di depan rumah. Seronok main air tapi papa madah jangan sampai demam. Lepas tok mummy meri swimming suit pakei dedek main air. Airnya sejuk dan jernih .Hujan baru berhenti pada jam 5.15 pm ( 12.01.2009). Jumpaaa laaaagi....Bye...

Hari Kedua banjir di Jalan Apollo

Hari kedua banjir di rumah Uda. Dedek mandi di dalam rumah uda dengan swimming suit.Bila masa gik dapat mandi free dalam rumah Uda. Banjir tok masuk dalam rumah pada jam 10.10 malam ( 12.01.2009). Semua sofa dah diangkat jadi senang la dedek mandi....

Sunday, January 11, 2009


Ini gambar Mok yang sedang bermain air semasa banjir melanda Jalan Apollo pada jam9.50 malam. Air dah masuk dalam rumah dan semua barang dah diangkat. Ini banjir yang paling teruk melanda semua warga Jalan Apollo. Uda,Mok dan Ngah esok cuti banjir. Kelak molah agik gambar banjir, jangan lupa. Untuk tatapan semua dari Dedek.....Bye..

Mok birthday dalam banjir 11.01.2009

Ini gambar Mok saya yang celebrate birthday dalam banjir. Rumah Uda, Ngah dan Mok dimasuki air dan semua barang dan diletakkan di tempat yang tinggi. Happy birthday to u Mok. Love u all. Dedek doa semoga air cepat surut. Gambar ni diambil jam 9.45 malam ( 11.01.2009)

Sunday, January 4, 2009

Kolam Renang Awam Miri

Aksi semasa bermain di kolam renang Miri. Sejuk sungguh air tapi seronok. Tiada bayaran masuk tapi kanak-kanak saja dibenarkan mandi di sini. Bye........